SUMBANGAN INI ADALAH IKHLAS DAN BUKAN KERANA NAMA

Sejak kebelakangan ini,saya terbaca bebarapa komen yang kurang menyenangkan tentang apa yang saya lakukan iaitu membuat sumbangan kepada masyarakat melalui blog Suara Anak Marudu ( SAM ).Tetapi ini tidak akan melunturkan semangat saya.Seperti mana yang saya tuliskan dalam komen di blog SAM,saya tetap akan membuat amal/derma kepada yang memerlukan selagi Tuhan memberi rezeki kepada saya.Sudah semestinya khidmat ini saya berikan kepada semua yang memerlukan tanpa memandang siapa mereka?apa bangsa mereka? dan apa anutan agama mereka? kerana kita sedia maklum semua manusia dimuka bumi ini adalah sama.

Selain bantuan secara terus kepada individu,saya juga menyalurkan sumbangan melalui badan NGO.Untuk permulaannya saya menyalurkan sumbangan berupa wang tunai kepada SAM sebagai dana mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.Oleh itu saya merayu kepada pihak tertentu supaya janganlah memandang serong apa yang telah dilakukan oleh SAM.Saya sebagai CEO Urban Storm SDN BHD sentiasa menyokong usaha-usaha SAM dan sentiasa membantu SAM.

Aktiviti saya seterusnya ialah esok (12hb November) satu majlis penyampaian pelajar cemerlang di SK.Korumoko dan saya telah sponsor majlis ini.Selepas itu pada 15hb saya akan membuat penyampaian 5 buah basikal di SMK Tandek dan pada malam nya nanti saya akan
menyampaikan sumbangan RM4K kepada keluarga aki Sambion/Tumunda.

Seperti yang saya katakan,selagi diri ini mampu dan sentiasa diberikan rezeki oleh Tuhan yang Agung,saya akan terus menyumbang.Semua ini saya buat bukan kerana nama atau menunjuk nunjuk kerana saya juga pernah merasa keperitan sebagai orang susah semasa zaman budak-budak dan keperitan itu saya bawa hingga sekarang.Biarpun sumbangan ini tidak akan menjamin keceriaan hidup si penerima tetapi sekurang-kurangnya boleh meringankan sedikit beban.

Akhir sekali saya selaku CEO Urban Storm mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang menyokong usaha murni ini.Kerana sokongan dari anda jugalah maka itulah saya bersemangat untuk melakukan khidmat masyarakat ini.Semoga usaha murni ini diberkati Tuhan.
8 Responses
  1. Aldusuni Says:

    TERUSKAN amal baktimu sahabat.
    Lebon Botong@
    Nazri Abdullah


  2. Aldusuni Says:

    Teruskan perjuanganmu sahabat.


  3. IsOn Says:

    Salam... :) Amu i totoyoon tongo tulun mooboros aso tataantu tuan. kumaraja tokow banar nunu2 ot apatut.


  4. boleh kenalkah siapa CEO Urban Storm ini?, terima kasih


  5. Terus melangkah ke depan. Kalau sudah namanya kerja ikhlas, pasti orang boleh nilai. Walaupun ada kata2 yang kurang menyenangkan, semangat tn melebihi daripada apa yg org lain katakan....


  6. Baju Batik Says:

    Tuan,
    Apa pun alasan/ komen drp mereka yg cuba memperlekeh/ mempersenda dan prasangka buruk terhadap tuan adalah luahan perasaan drp mereka yg berstatus bodoh sombong.
    Tahniah tuan.
    Siapa lagi yang dpt berbakti kpd bangsa sendiri kalau bukan kita sendiri. Ada lagi Jutawan lain di Kota Marudu ni tuan. Tapi jangankan memberi sumbangan, 1 sen pun dia kira walaupun sdh berlipat kali untung.

    Saya yakin, bagi yang mendapat hadiah bantuan itu, sampai mati pun dia tak kan lupa tuan. Bukan kah itu sangat manis dlm hidup tuan. I proud with u. Tq.


  7. Baju Batik Says:

    Hanya satu yg dikesali tuan,
    Jarang2 org sebegini mahu dan sanggup jadi YB, sedangkan dlam byk segi ia sebenarnya sdh layak.
    Byk sdh contoh, tokoh2 berwibawa Tandek ditawarkan sbg calon BN tapi ditolak oleh individu itu sendiri.


  8. Unknown Says:

    Assalamualaikum, saya Nabilah Huda pelajar dari Pusrawi College. Kami akan mengadakan satu majlis "Anugerah Syawal" sempena menyambut hari raya bersama pelajar asnaf kami. Oleh itu, saya memohon jasa baik tuan untuk memberi tajaan kepada kami berbentuk Wang supaya dapat menampung berpelanjaan majlis ini.

    Jasa baik tuan amat dihargai.

    Tuan boleh menghubungi saya di talian,
    E-mail: doodlezmindfreak@gmail.com
    Phone: 011-10953818


    URBAN STORM AKAN TERUS MEMBANTU MEREKA-MEREKA YANG MEMERLUKAN ____________________________ CEO dengan sedaya upaya akan sponsor mana-mana sekolah yang menghargai pelajarnya yang cemerlang untuk menaikkan semangat pelajar tersebut supaya terus berusaha lagi sehingga berjaya mencapai impian hidupnya. ____________________________ URBAN STORM SDN BHD akan terus menyokong badan NGO dan buat masa ini memberi kepercayaan kepada SAM(Suara Anak Marudu) untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. ____________________________ Sumbangan-sumbangan yang telah CEO lakukan selama ini bukan kerana NAMA tetapi atas rasa sedar betapa perlunya mereka ini dibantu dan niat CEO ini adalah ikhlas.

    OUR SERVICES

    1.Building material supplier
    2.Transport Services
    3.General Contractor
    4.Seaweed Supplier
    5.Tour & Travel

    Followers