ANTARA SUMBANGAN URBAN STORM SDN BHD SETAKAT INI

Tujuan saya membuat entri ini bukanlah ingin menunjuk nunjuk tetapi hanya sebagai bahan rujukan diri saya kerana kadang2 saya pandai lupa.Jadi sekiranya ada diantara pembaca blog ini yang rasa kurang senang dengan apa yang saya post dalam blog,maka awal2 saya ingin meminta maaf.Seperti entri terdahulu,segala sumbangan yang telah saya berikan ini adalah datang dari hati yang ikhlas.Pendek kata,apa salahnya saya berbakti kepada masyarakat setempat apabila saya mampu untuk berbuat demikian.Biarpun sumbangan2 ini tidaklah seberapa,Sudah pasti sekiranya rezeki lebih,urban storm sdn.bhd sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang benar2 memerlukan.

Terdahulu,saya selaku CEO syarikat Urban Storm Sdn.Bhd rasa bersyukur kepada Tuhan kerna memberi kekuatan kepada saya.Untuk keluarga yang sentiasa memberi semangat.Tidak lupa juga kepada rakan2 yang memberi sokongan serta nasihat.Tidak dilupakan rasa penghargaan kepada badan2 NGO terutama blog Suara Anak Marudu (SAM) yang diterajui oleh sanguru@Androd serta krew2 SAM yang selama ini banyak memberi bantuan kepada saya menyalurkan bantuan2 kepada pihak penerima.Contohnya baru2 ini kawasan Tandek telah di landa banjir dan saya telah menyalurkan bantuan kilat kepada mangsa2 terlibat melalui SAM dan saya bersyukur kerana semua bantuan tersebut telah diagihkan sepenuhnya.Terima kasih kepada anda semua atas kerjasama erat yang diberikan.Saya selaku CEO syarikat ini berjanji,sekiranya ada lebihan rezeki akan terus memberi sumbangan selagi termampu.Selain daripada itu Urban Storm juga memberi beberapa sumbangan kepada pihak sekolah terutama di SMK Tandek dan SK Koromoko.Pastinya pihak Urban Storm akan teruskan memberi bantuan2 yang perlu kepada pihak sekolah yang memberikan keputusan2 cemerlang dalam pelajaran.






















    URBAN STORM AKAN TERUS MEMBANTU MEREKA-MEREKA YANG MEMERLUKAN ____________________________ CEO dengan sedaya upaya akan sponsor mana-mana sekolah yang menghargai pelajarnya yang cemerlang untuk menaikkan semangat pelajar tersebut supaya terus berusaha lagi sehingga berjaya mencapai impian hidupnya. ____________________________ URBAN STORM SDN BHD akan terus menyokong badan NGO dan buat masa ini memberi kepercayaan kepada SAM(Suara Anak Marudu) untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. ____________________________ Sumbangan-sumbangan yang telah CEO lakukan selama ini bukan kerana NAMA tetapi atas rasa sedar betapa perlunya mereka ini dibantu dan niat CEO ini adalah ikhlas.

    OUR SERVICES

    1.Building material supplier
    2.Transport Services
    3.General Contractor
    4.Seaweed Supplier
    5.Tour & Travel

    Followers