URBAN STORM SDN. BHD: Derma Ikhlas Kaamatan

Masih tidak terlewat untuk Urban Storm Sdn. Bhd mengucapkan selamat menyambut bulan Kaamatan kepada semua rakan-rakan pembaca, khasnya kepada seluruh masyarakat kaum KadazanDusun di Sabah dan khususnya di Kota Marudu. Juga kepada seluruh warga Malaysia yang mengambil bahagian dalam perayaan kaamatan. Salam Pisompuruan, semangat 1Malaysia. Mudah-mudahan rahmat yang kita perolehi atas perpaduan kukuh dari bahu ke bahu, memberikan kita satu ruang untuk membangun semangat, maju dan melangkah bersama dalam mengharungi cabaran era globalisasi.

URBAN STORM Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam aktiviti kaamatan melalui derma sumbangan ikhlas sebagai tanda perkongsian kemeriahan pesta kaamatan yang kita raihkan bersama saban tahun. Sesungguhnya, URBAN STORM Sdn Bhd sangat berbangga menjadi sebahagian daripada peristiwa yang mengusik jiwa raga bangsa waktu warga petani menghabiskan kerja terakhir menuai hasil padi dan disambut dengan penuh kesyukuran. Cabaran tetap menghampiri pekerjaan kita tapi akhirnya ketabahan daya usaha kita memberikan kepuasan yang tidak ada galang ganti.

URBAN STORM sehingga setakat ini telah menyalurkan derma ikhlas ke beberapa tapak pesta lokasi penganjuran Pesta Kaamatan peringkat kampung. Umpamanya;

1. Pesta Kaamatan Kg. Talantang - RM500

2. Pesta Kaamatan Kg Salimandut - RM500

3. Pesta Kaamatan Kg. Tingkalanon- RM500

4. Pesta Kaamatan Kg. Longob - RM1000

5. Pesta Kaamatan Kg. Panusukan - RM1000

Diharapkan sumbangan ini mampu memberikan impak dan inisiatif suntikan semangat penganjuran Pesta Kaamatan. Urban Storm Sdn Bhd sentiasa menyokong sebarang usaha baik untuk kesejahteraan warga desa untuk kita sama-sama menikmati penghayatan maksud pisompuruan...
0 Responses

    URBAN STORM AKAN TERUS MEMBANTU MEREKA-MEREKA YANG MEMERLUKAN ____________________________ CEO dengan sedaya upaya akan sponsor mana-mana sekolah yang menghargai pelajarnya yang cemerlang untuk menaikkan semangat pelajar tersebut supaya terus berusaha lagi sehingga berjaya mencapai impian hidupnya. ____________________________ URBAN STORM SDN BHD akan terus menyokong badan NGO dan buat masa ini memberi kepercayaan kepada SAM(Suara Anak Marudu) untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. ____________________________ Sumbangan-sumbangan yang telah CEO lakukan selama ini bukan kerana NAMA tetapi atas rasa sedar betapa perlunya mereka ini dibantu dan niat CEO ini adalah ikhlas.

    OUR SERVICES

    1.Building material supplier
    2.Transport Services
    3.General Contractor
    4.Seaweed Supplier
    5.Tour & Travel

    Followers